PANTUN HANTARAN DAN AKAD NIKAH
PIHAK LAKI-LAKI PIHAK PEREMPUAN
1. Assalamu’alaikum wr.wb 1. Wa’alaikumsalam wr.wb
2. buah lakum buah barangan
dibawa mari didalam sanggan
assalamu’alaikum sudah diucapkan
tempat duduk sudah di silahkan.
3. Orang berlatih main gada
Gada ditarah kayu saga
Terima kasih tentu dikata
Mohonkan kami terlambat tiba
4. Angin sepoi berlayar tongkang
Haluan menuju Tanjung Seloka
Kami berjalan lintang pongkang
Mohon maaf tak tentu raba.
5. Kami mohon sembah sujud
Sujud kepada ayahnda bunda
Sampai saja kami disini terkejut
Ramainya orang tak terhingga
6. Pokok jelatang batang pauh
Banyaknya tumbuh di pinggir kota
Kami ini datang dari jauh
Jauh datang dari Surabaya
7. Buah redan buah rawa
Tidaklah serupa si buah bidara
Ada pesan kami bawa
Kepada siapakah kami bicara ?
1. Assalamu’alaikum wr.wb 1. Wa’alaikumsalam wr.wb
2. buah lakum buah barangan
dibawa mari didalam sanggan
assalamu’alaikum sudah diucapkan
tempat duduk sudah di silahkan.
3. Orang berlatih main gada
Gada ditarah kayu saga
Terima kasih tentu dikata
Mohonkan kami terlambat tiba
4. Angin sepoi berlayar tongkang
Haluan menuju Tanjung Seloka
Kami berjalan lintang pongkang
Mohon maaf tak tentu raba.
5. Kami mohon sembah sujud
Sujud kepada ayahnda bunda
Sampai saja kami disini terkejut
Ramainya orang tak terhingga
6. Pokok jelatang batang pauh
Banyaknya tumbuh di pinggir kota
Kami ini datang dari jauh
Jauh datang dari Surabaya
7. Buah redan buah rawa
Tidaklah serupa si buah bidara
Ada pesan kami bawa
Kepada siapakah kami bicara ?
2. Siak bernama Sri Indrapura
Tempat bersemayan Sri Baginda
Jika tuan ingin berbeka-beka
Kami-kami inilah yang dipercaya
Tempat bersemayan Sri Baginda
Jika tuan ingin berbeka-beka
Kami-kami inilah yang dipercaya
3. Bertiup angina nyiur melambai
Seakan-akan dilanggar topan
Jika ada angina disampai
Sampaikanlah jangan segan-segan
4. Harum baunya bunga kastanye
Harum setanggi sibunga rampai
Kalau boleh kami bertanya
Mengapa datang ini beramai-ramai.
5. Berhari-hari mendukung ambung
Ambung berisi beras melukut
Sepuluh jari kami junjung
Jika salah kami menyambut
8. Pengangan talam kue bangkit
Mari ditata untuk mak andan
Pesan keluarga bapak marsaid
Untuk keluarga Drs H. Isa Adam
LALU BERSALAMAN DAN BERTUKAR TEPAK SIRIH DAN TERUS MENCICIPINYA DIDAHULUI PIHAK LAKI-LAKI KEMUDIAN PEREMPUAN
9. Selasih dani tidak berdahan
Diiris –iris untuk dimakan
Sirih tuan sudah dimakan
Sedap rasanya bukan buatan
6. Buah Sirih dikacip-kacip
Buat obat penyakit rese
Sirih tuan juga sudah dicicip
Sedap manis mencukup rasa
7. buah ketupat bunga malai
Letak disanggan santapan puteri
Rundingan dapat kita mulai
Silahkanlah tuan madahkan peri
10. puteri Cina pandai mencari
Untuk menghibur Datuk Menteri
Pesan Pertama perlu di dengari
Datang kami menepati janji.
8. Naik bukit, bukit Keranji
Diatas puncak Nampak lautan
Janji ada berjenis janji
Janji apa tuan maksudkan.
9. Buah kuini buah kesemek
Jika dikeringkan tambah susut
Supaya kami dapat menyimak
Tolonglah kami uraikan apa maksud
11. Layang-layang bertali teraju
Tali terjau warnanya ungu
Jika puan sudah kata begitu
Hajat disampaikan satu persatu
12. Cincin permata bertahtakan intan
Dipakai pengantin dara pujaan
Maksud pertama kami dahulukan
Maksud kedua kami susulkan.
13. Rama-rama terbang berpilin
Jantan betina kejar-kejaran
Hajat pertama nak menyerahkan penganten
Hajat kedua nak menyerahkan hantaran
10. Kayu pagar dicelis-celis
Kayu dibeli dari kerandin
Supaya didengar orang dimajelis
Baiklah dijelaskan nama penganten
11. haripun cerah langit biru
Elang melayang mata terlena
Supaya kami tidaklah keliru
Untuk siapa hantaran dibawa
14. Kelapa Bali kelapa Puan
Keduanya sama buah kelapa
Benar sekali madahnya puan
Mohonkanlah maaf kami terlupa
Sebelumnya kami belumlah berkata
15. Permintaan Puan kami sampaikan
Nama penganten laki-laki
Herry ruswandi, st
Hantaran kami beri untuk penganten puteri
Fendra mulaniwati
16. Daun Lengguni daun seduduk
Obat rambut janganlah luruh
Herry Ruswandi sudahlah duduk
Menanti patuh tuah suruh
12. Langit Cerah biasanya tak berawan
Sepoi-sepoi berembus bayu
Kelaulah begitu kata tuan
Cobalah sebut satu persatu
17. Gunung ledang tinggi mengawan
Tampak dari Bukit Kenangan
Rendahlah gunung tinggi berawan
Hajat kami janganlah dihampakan.
18. Pukulkan gendang gegap gempita
Memakai pedang diatas kuda
Ada barang hantaran utama
Ada pula barang hantaran mengiring saja
MENYEBUTKAN SATU PERSATU HANTARAN TERSEBUT DENGAN
BANYAKNYA SEKALI
BANYAKNYA SEKALI
19. Petik kelapa tanah minyak
Habis dijual belikan petani
Maksud kami nak mengantarkan banyak
Apa daya tangan belum sampai
13. Pakai terndak penutup kepala
Terendak anyaman Teluk Benggala
Hati kami amatlah bahagia
Anak menantu sudahlah tiba
14. Biku-biku hiasan ditata
Menjakan semarak pandangan mata
Hantaran sudahlah tampak dimata
Hantaran bertuah kami terima
15. buah rambai buah duku
dibawa orang dari hulu
agar sesuai janji dahulu
eloklah juga ditengok satu persatu
Silahkanlah, agar jangan sak wasangka,
Jangan pula nanti kami dikatakan pembohong,
Malulah kami.
Lalu ditengok, dan dikomentari
Sekali barang hantaran tersebut.
16. Dari bintan pergi ke Malaka
Mengantar Raja Putera Mahkota
Sudah ditengok dan dibuka
Satupun tak kurang apa dikata
ALHAMDULILLAH
20. Manis rasanya buah kuini
Sedaplah lagi buah delima
Apa yang kami bawa ini
Semoga puah dapatlah menerima
17. Alhamdulillah kami ucapkan
Semoga Tuhan mengabulkan
Segala apa yang kita rundingkan
Mendapatkan Rahmat dan Ridho Tuhan
18. Daun Lengguni daun selasih
Tiga dengan daun ati-ati
Kemi mengucapkan terima kasih
Semoga tuhan memberkahi.
19. Buah durian buah delima
Air selasih dalam puan
Kasih puah sudah kami terima
Semoga kasih berkepanjangan
20. Raja berlayar naik gurap
Haluan menuju ke tanah arab
Kami juga mohon minta maaf
Seandainya terdapat salah dan silap
21. Tujuh malam melintas laju
Pecah terhampas dalam jongkong
Kalaulah semua telah setuju
Apa lagi,
Ijab qabul dapatlah berlansung
Pucuk di cinta, ulam pun tiba.
21. kelembak bukan si rama-rama
Terbang berangin berhari-hari
Kalaulah hantaran dapat diterima
Maka selesailah tugas kami
22. Tikam tempuling tikam kasih
Tempuling tembaga beruit-ruit
Kami ucapkan terima kasih
Kepada semua ahlil bait
23. Elang kucing elang singkap
Susah ditangkap susah dijerat
Jika ada salah dan silap
Pantun dari Utusan Pihak laki Laki :
Melilit sampai pohon menanti
Datang kami mempunyai hajat
Ingin menyampaikan hasrat hati
Kain puteri sulaman pelangi
Cantik dan molek jadi idaman
Dahulu kami pernah berjanji
Memetik bunga kembang di taman
Sebelum hajat kami kemukakan
Titipan salam kami sampaikan
Dari Bapak...... (Nama Keluarga Dari Pihak Laki-Laki)
Untuk keluarga Bapak ..... (Nama Keluarga dari Pihak Wanita)
Sampan kotak muatan lada
Menuju selatan kemudi diarahkan
Sopan dan santun kami tiada
Mohon maaf ikhlas diberikan
Rama-rama dikumbang jati
Kesana kemari asyik berterbang
Ramai nampaknya majlis disini
Siapa gerangan teman berbincang
Pantun dari Utusan Pihak Wanita :
Sirih sekapur pinang keratin
Dimakan oleh muda jejaka
Kalau tuan tidak keberatan
Dengan kamilah tuan berseloka
Buah kemang rasanya kelat
Jangan disimpan di dalam peti
Jika memang ada dihajat
Jangan disimpan di dalam hati
Jati tuan jati melayu
Jati kami orang bahari
Janji tuan masa yang lalu
Kami nantikan setiap hari
Sultan bintan sultan ternama
Terkenal sudah diseluruh dunia
Kiriman salah kami terima
Semoga kita sehat semua
Bunga melur bunga melati
Warnanya putih memikat hati
Sambutan kamitidak seperti
Pantun semasa pengantin tiba:
Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.
Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.
Pantun selamat datang
Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan
Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari
Pantun selamat
Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat
Pantun semasa tepung tawar
Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati
Pantun makan beradab
Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan
Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri
Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
Pantun penutup
Tanam pisang tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat
Pantun terima kasih
Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas
Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.
Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.
Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.
Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih
Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati
Pantun usik mengusik di majlis perkahwinan
Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.
Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.
Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri
Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu
Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.
Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu